Kesalahan Bahasa Malaysia

Baharu atau baru?

Posted on: Oktober 26, 2008

Sejak belakangan ini, banyak iklan di televisyen Malaysia menggunakan istilah ‘baharu’ dan dalam masa sama ada yang masih menggunakan ‘baru‘.

Semua ini disebabkan ada sesetengah pihak berpendapat bahawa istilah ‘baru’ ialah singkatan.

Jadi, jika ‘baru’ ialah singkatan kenapa istilah ‘saya’ tidak ditukar kepada ‘sahaya’? Hal ini kerana ‘saya’ sebenarnya berasal daripada ‘sahaya’.

Balik kepada istilah ‘baru’, sebenarnya ia tidak ditunjukkan dalam Kamus Dewan sebagai satu kependekan(singkatan).

Satu lagi sebab ialah kemungkinan Munsyi DBP berhasrat untuk membezakan ‘baru’ antara Adjektif(kata adjektif) dengan Kata Bantu Aspek(Masa). Ini tak harus menjadi sebab untuk menafikan istilah ‘baru’ dan menukarnya kepada ‘baharu’.

Kalau tak silap saya, istilah ‘baru’ telah lama digunakan secara baku/standard di Malaysia, dan Indonesia bahkan sebelum kemerdekaan kedua-dua negara ini terutamanya dalam zaman kesusasteraan/penulisan Riau-Johor lagi. Samalah juga istilah ‘tak’. Seharusnya penggunaan ‘baru’ tidak dibezakan atau dijadikan panjang berjela-jela kerana ia telah diterima sebagai standard(bukan ‘kependekan’) dalam Kamus Dewan sendiri.

Jika semua istilah dalam Bahasa Melayu(Malaysia) nak dijadikan panjang berjela-jela ini hanya akan menyukarkan proses mengingat(dengan menggunakan Bahasa Melayu) bahkan memberikan tanggapan kepada penutur asing bahawa Bahasa Melayu ialah bahasa yang panjang berjela-jela macam mi kari.

Oleh itu, diharap Bahasa Melayu kekal sebagai bahasa yang mudah digunakan dalam menimba/mengajar pelbagai bidang ilmu. Untuk kekal sebagai bahasa ilmu, semua istilah Bahasa Melayu perlu mudah diingati kerana yang panjang berjela-jela biasanya sukar diingati.

8 Respons to "Baharu atau baru?"

KESALAHAN DI WEB BANYAK. PERLU PERIHATIN. TERIMA KASIH

Keputusan mesyuarat Jawatankuasa Bahasa DBP pada 16 Ogos 2010, dan disahkan pada 8 November 2010, mengesahkan bahawa ejaan perkataan “baru” dan “baharu” itu adalah variasi ejaan yang dapat diterima pakai. Tidak ada perbezaan makna dan fungsi nahu.

Tapi selepas RTM popularkan istilah “baharu” (diambil daripada buku Tatabahasa Dewan; tapi menafi Kamus Dewan?), maka TV3 dan iklan-iklan T.V. mulai terikut-ikut padahal istilah “baru” itu sememangnya telah lama wujud sebagai istilah standard/baku.

Jikalau mesyuarat tersebut telah mengesahkannya, maka tidak perlulah kita pergi kepada “baharu” hanya kerana kita berpendapat istilah “baharu” adalah “tidak standard/baku” padahal sebenarnya istilah “baru” itu juga standard/baku. Itulah yang saya katakan dalam pos di atas bahawa “baru” telah pun sebenarnya standard dalam Kamus Dewan itu sendiri sebelum keputusan mesyuarat tersebut dibuat (sekali lagi?).

Berdasarkan kajian saya, istilah “baru” telah wujud dalam kitab (buku) Sulalatus Salatin yang disusun semula pada tahun 1612 Masihi oleh Tun Sri Lanang, yang sebenarnya teksnya berasal sejak 1356 Masihi dengan nama asal Hikayat Melayu. Selepas itu ada juga kitab-kitab seterusnya yang menggunakan istilah “baru” selain “baharu”.

Dalam Sulalatus Salatin tersebut, “baru” dan “baharu” saling berganti. Begitu juga istilah “tak” dan “tidak” dalam kitab kuno itu. Sekali lagi, jika “baru” dialihkan kepada “baharu”, maka adakah suatu hari nanti istilah “saya” akan dialihkan kepada “sahaya” oleh Dewan Bahasa & Pustaka (yang di dalamnya terdapat orang-orang yang gemar makan “mi kari panjang berjela-jela”)?

DBP merepek. tu je kesimpulannya.

DBP dah ketandusan minda dan gersang idea. Tak mampu berfikir dengan baik dan rasional

Hey I know this is off topic but I was wondering if
you knew of any widgets I could add to my blog that automatically
tweet my newest twitter updates. I’ve been looking for a plug-in like this
for quite some time and was hoping maybe you
would have some experience with something like
this. Please let me know if you run into anything. I truly enjoy
reading your blog and I look forward to your new updates.

By doing this in the event you hit a sequence of bad luck, anyone
nevertheless include money to enjoy with.

[…] Selepas tu, saya pun ‘google’ sebab nak kepastian dan terjumpa website ini. […]

Tinggalkan komen

Blog Stats

  • 16,003 hits

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 3 other subscribers