Kesalahan Bahasa Malaysia

Sejak belakangan ini, banyak iklan di televisyen Malaysia menggunakan istilah ‘baharu’ dan dalam masa sama ada yang masih menggunakan ‘baru‘.

Semua ini disebabkan ada sesetengah pihak berpendapat bahawa istilah ‘baru’ ialah singkatan.

Jadi, jika ‘baru’ ialah singkatan kenapa istilah ‘saya’ tidak ditukar kepada ‘sahaya’? Hal ini kerana ‘saya’ sebenarnya berasal daripada ‘sahaya’.

Balik kepada istilah ‘baru’, sebenarnya ia tidak ditunjukkan dalam Kamus Dewan sebagai satu kependekan(singkatan).

Satu lagi sebab ialah kemungkinan Munsyi DBP berhasrat untuk membezakan ‘baru’ antara Adjektif(kata adjektif) dengan Kata Bantu Aspek(Masa). Ini tak harus menjadi sebab untuk menafikan istilah ‘baru’ dan menukarnya kepada ‘baharu’.

Kalau tak silap saya, istilah ‘baru’ telah lama digunakan secara baku/standard di Malaysia, dan Indonesia bahkan sebelum kemerdekaan kedua-dua negara ini terutamanya dalam zaman kesusasteraan/penulisan Riau-Johor lagi. Samalah juga istilah ‘tak’. Seharusnya penggunaan ‘baru’ tidak dibezakan atau dijadikan panjang berjela-jela kerana ia telah diterima sebagai standard(bukan ‘kependekan’) dalam Kamus Dewan sendiri.

Jika semua istilah dalam Bahasa Melayu(Malaysia) nak dijadikan panjang berjela-jela ini hanya akan menyukarkan proses mengingat(dengan menggunakan Bahasa Melayu) bahkan memberikan tanggapan kepada penutur asing bahawa Bahasa Melayu ialah bahasa yang panjang berjela-jela macam mi kari.

Oleh itu, diharap Bahasa Melayu kekal sebagai bahasa yang mudah digunakan dalam menimba/mengajar pelbagai bidang ilmu. Untuk kekal sebagai bahasa ilmu, semua istilah Bahasa Melayu perlu mudah diingati kerana yang panjang berjela-jela biasanya sukar diingati.

Jika anda selalu menonton drama t.v atau filem asing yang ada terjemahan(sari kata) Bahasa Malaysia, anda pasti pernah terbaca ayat yang salah tatabahasanya.

Contohnya:

“Lelaki itu saya memukul.”  (Apa yang salah?)

Sebenarnya  yang salah ialah “saya memukul”. Patut ialah “Lelaki itu saya pukul.”

Lelaki itu ialah objek yang didepankan. Inilah bentuk pasif.

Bentuk aktifnya ialah: “Saya memukul lelaki itu.”

 

Ada banyak istilah yang tak tepat digunakan dalam media massa seperti berita t.v, berita radio, akhbar cetak, dan akhbar atas-talian (online).

Antaranya seperti di bawah:-

1.   Bahana  – bukan bermaksud “bala” atau “bencana” seperti yang selalu digunakan oleh orang ramai.

     Maksud SEBENAR,  Bahana  =  “bunyi kuat” (“volume”-dalam Bahasa Inggeris)

P/S:  Sebenarnya istilah “Bahana” ada beberapa maksud lagi, tapi TAK ADA satu pun yang bermaksud   “bala”  atau “bencana” seperti yang selalu digunakan oleh kebanyakan penutur. “Bahana” dalam Bahasa Inggeris ialah “volume”.

 

2.  Cumbu   – bukan bermaksud “cium” atau “kucup”. Ramai orang telah silap tentang maksud “cumbu”  atau    “bercumbu”.

        Maksud SEBENAR,  Cumbu =   

        i. “pujukan” (kata-kata manis yg dituturkan sewaktu memujuk,  berkasih-kasihan dll.), dan

        ii. “lawak”

  P/S:  Hanya ada dua maksud seperti di atas. Ringkasnya, tiada yang bermaksud “cium”. Ramai sering salah guna istilah “cumbu” dengan menyamakannya dengan istilah “cium”.

 

**Ini sahaja pendedahan kesalahan bahasa dalam media massa Malaysia buat masa ini.

**Sebenarnya ada jenis kesalahan lain lagi yang selalu digunakan oleh orang ramai. Nanti saya akan bercakap tentang KESALAHAN AYAT “PASIF GANTI NAMA” dalam “post” berikut.

**Sumber semua istilah yang dibincangkan di atas adalah daripada KAMUS DEWAN EDISI KE-3.

 

 

 

 

 

Selamat Datang ke “bmalaysia.wordpress.com”!

akhbar utama akhbar utama

              Dalam blog ini saya akan membawa anda melihat kesalahan-kesalahan bahasa yang selalu berlaku dalam media massa di Malaysia. Maksud saya di sini ialah Bahasa Malaysia.

              Media massa yang berperanan sebagai penyebar maklumat seharusnya menggunakan bahasa dengan betul. Para pelajar atau penutur Bahasa Malaysia akan/sedang menjadikannnya sebagai sumber rujukan terutamanya dari segi kosa kata dan tatabahasa.

Baiklah, teruslah membaca blog ini untuk lebih banyak maklumat.

Blog Stats

  • 10,811 hits

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 1 other follower

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.